Hye stalker?Welcome to my superb blog. Do nice, follow me duluk :)

Friday, 19 April 2013

Love Text ❤

1. Either you like me or you don't, stop with the games.
2. It's sad that nowadays you have to be attractive for people to care about you.
3. Never ignore someone who cares for you, because someday you'll realize you've lost a diamond while you busy collecting stones.
4. Use your "real-eyes", to "realize" the "real-lies"
5. If they say they don't care, it's because they're afraid to admit they do.
6. Over time you start noticing that some people just aren't worth it anymore.
7. Sleep, hugs, kisses, love, friends, family, memories, smiles, laughter and fun, the best things in life are free ❤


Thank you reading my entry. Do nice? Give me a feedback :)

Sunday, 10 March 2013

Sudah Cukup by Republik

Lagu yang betul2 menyentuh feeling sa :') punya jiwang sa ne kan. haha :D

Mungkin hati ini tak ingin kau kembali
namun mimpi ini selalu aku banggakan
dan di saat terindah bersama dirimu
kan selalu ada di setiap jejak langkahku

* Dan tak pernah aku sesali cintaku untukmu
karena bagiku tlah milikimu sudah cukup untukku
kemanapun aku pergi selalu sepi tanpamu
dimanapun aku berpijak selalu hadir bayangmu

Kuteteskan air mata ini untukmu
saat kau lepaskan cintaku untuk dirinya
dan di saat terindah bersama dirimu
kan selalu ada di setiap jejak langkahku

repeat * [2x]

Thank you reading my entry. Do nice? Give me a feedback :)

Sunday, 3 March 2013

Dialog "Usaha Tangga Kejayaan"


Hey, pembaca? harine sa mau kongsi ilmu sa untuk kamu semua k. ini dialog adalah ORIGINALLY NIENIE OWNER ok. tiada kopi pasta dari orang lain. idea sa sendiri lorrr -.-


luke chin nie ialah salah seorang pelajar cemerlang yang mendapat 7A PMR 2013. nienie amat berminat dengan kejayaan beliau lalu mengunjungi rumah luke untuk mengetahui rahsia kejayaan beliau sambil meziarahi beliau. ikuti perbualan mereka.

Nienie : selamat pagi, luke!

Luke    : selamat pagi juga, nienie! jemput masuk.

Nienie : terima kasih, luke. kamu sungguh berbudi bahasa. ini sedikit buah tangan saya untuk awak.

Luke    : budi bahasakan, budaya kita. terima kasih ya, menyusahkan awak sahaja nienie.

Nienie : tidak menyusahkan pun luke. itukan adat orang menziarah.

Luke    : sebelum itu, boleh saya tahu mengapa awak boleh bertandang ke rumah saya hari ini? biasanya, sukar untuk menemui awak dimana-mana.

Nienie : maklumlah, saya sedang mempersiapi diri saya yang bakal menghadapi PMR pada bulan 10 ini. tujuan saya bertandang ke rumah awak adalah untuk menziarahi awak sambil bertanyakan rahsia kejayaan awak dalam akademik. boleh awak ceritakan serba sedikit mengenai rahsia kejayaan awak?

Luke    : oh, mengenai rahsia kejayaan saya rupanya objektif utama awak bertandang kemari. bagus, ada ciri-ciri pelajar 7A PMR.

Nienie : amin, terima kasih luke.

Luke    : sama-sama. sebenarnya, menjadi seorang pelajar cemerlang bukan sesuatu yang mudah jika kita tidak menguasai 4 aspek utama ini.

Nienie : apa keempat-empat aspek utama itu Luke?

Luke    : aspek-aspek yang saya katakan tadi ialah kesihatan dari segi fizikal, intelek, emosi dan rohani. dari segi fizikal, kita hendaklah selalu bersenam agar tubuh badan kita dalam keadaan yang sihat. kesihatan tubuh badan amatlh penting agar kita dapat berfikir secara baik. fikiran yang baik pula akan memberikan idea-idea yang bernas untuk otak kita.

Nienie  : oh, begitu pentingnya menjaga kesihatan badan. patutlah selama ini saya sering kali tidak bersenam dan sering mengalami gangguan kesihatan seperti sakit kepala dan demam sehingga saya tidak dapat berfikir dan belajar dengan baik.

Luke     : lain kali, jangan lupa untuk bersenam tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi. selain kesihatan fizikal, kesihatan intelek juga amat penting untuk kita. intelek bermaksud pemikiran. kita perlukan pemikiran yang bernas semasa belajar agar dapat melontarkan idea-idea yang memberangsangkan. kesihatan intelek dapat dipertingkatkan dengan menguasai apa yang kita belajar dan sering mengulang kaji pelajaran. meskipun subjek yang kita tidak sukai, kita perlulah tetap mengulang kaji untuk mendapat keputusan yang baik. tentunya awak tidak ingin, mendapat keputusan yang baik dalam subjek yang awak sukai tetapi apabila melihat keputusan subjek yang awak kurang suka, tentera perkataan GAGAL. itu pasti amat menyedihkan.

Nienie  : oh, begitu rupanya. saya patut lebihkan mengulang kaji subjek sejarah kerana saya amat lemah dalam subjek itu. saya tentunya tidak ingin keputusan saya cacat.
Luke    : baguslah kalau awak sudah mula menunjukkan perubahan setelah mendengar kata-kata saya ini. saya juga amat senang hati untuk menerangkan lagi mengenai aspek-aspek yang lain. kata orang "menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" oleh itu, saya patut berkongsikan rahsia kejayaan saya sehingga ke rahsia-rahsia terakhir. sudikah awak mendengar?

Nienie  : tentunya saya sudi. ilmu yang awak kongsikan amat berguna untuk saya.

Luke     : baiklah, dari segi emosi pula kita hendaklah bersedia dan tidak hanya mengikut perasaan yang gementar sahaja. biasanya, menjelang hari peperiksaan pelajar selalu gementar dan ini akan menyebabkan apa yang mereka belajar akan mudah dilupakan. tenang dan berfikiran terbuka semasa hari-hari peperiksaan. jangan panik dan terlalu belajar kerana apa yang anda dapat ingat jika emosi anda tidak stabilkan? sembahyang adalah satu kaedah terapi yang baik untuk otak dan merangkumi aspek rohani. banyakkan bersabar dan bersenam. lebihkan mengulang kaji pelajaran dan kurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti lepak, berjalan-jalan dikompleks membeli-belah sambil membuang masa sedangkan dirumah, bertimbun nota-nota yang perlu dibaca. itulah antara rahsia saya untuk berjaya.

Nienie  : wah, panjang lebar huraian awak luke! saya tahu, semua ini adalah pemikiran spontan awakkan kerana sejak tadi saya tidak melihat awak memegang mana-mana skrip.

Luke    : ya, tentunya dari pemikiran spontan saya. semua ini adalah berkat apa yang saya katakan tadi. empat aspek utama dalam mencapai keputusan yang cemerlang.

Nienie  : saya bangga dan gembira dapat mendengar rahsia kejayaan awak. sampai sini sahaja agaknya saya mendengar huraian mengenai rahsia kejayaan awak. saya ingin mengundur diri kerana hari sudah lewat senja. terima kasih atas apa yang awak kongsikan sejak tadi. saya akan berusaha untuk mengaplikasikan apa yang telah awak curahkan kepada saya dan mendapat keputusan yang baik. doakan saya ya luke.

Luke   : insya-Allah akan saya doakan. sama-sama, nienie. sejuk hati saya mendengar apa yang awak katakan. sebelum awak mengundur diri, izinkan saya memberikan kata-kata hikmat ini untuk renungan awak. "setiap langkah yang dicipta haruslah diiringi dengan doa, tawakal, kesabaran dan usaha yang berterusan"



Ok, kaa? haha :D sa tau laa sa tidak pandai. bukan macam kamu. maybe you should give me some comment for my dialogue? any bad or good comment :)


Thank you reading my entry. Do nice? Give me a feedback :)

Wednesday, 27 February 2013

Takkan Pernah Ada

Dia memang hanya dia
Ku s’lalu memikirkannya
Tak pernah ada habisnya
Benar dia, benar hanya dia
Ku s’lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Harta yang paling terindah
Di perjalanan hidupku
Sejak derap denyut nadiku
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Benar dia, benar hanya dia
Ku s’lalu menginginkannya
Belaian dari tangannya
Mungkin hanya dia
Indahnya sangat berbeda
Ku haus merindukannya

Ku ingin kau tahu isi hatiku
Kaulah yang terakhir dalam hidupku
Tak ada yang lain hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada

Ku ingin kau selalu di pikiranku
Kau yang selalu larut dalam darahku
Tak ada yang lain
Hanya kamu
Tak pernah ada
Takkan pernah ada
Thank you reading my entry. Do nice? Give me a feedback :)

Friday, 25 January 2013

Kesan-kesan Kedatangan Pendatang Tanpa Izin Ke Malaysia


           Marcapada, negara kita kini dihangatkan lagi dengan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita yang semakin berleluasa. Hal ini menyebabkan media massa menjadikan isu ini suatu topik yang cukup hangat untuk dibincangkan di dalam surat khabar yang menjadi saluran informasi rakyat. Kemasukan pendatang asing ini sebenarnya memberikan pelbagai kesan yang amat berbahaya kepada sesebuah negara yang semakin pesat membangun.
          
           Antara kesan-kesan kedatangan pendatang tanpa izin yang pertama ialah pendatang tanpa izin biasanya pembawa penyakit kepada negara. Hal ini demikian kerana pendatang tanpa izin biasanya tiada permit dan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pendatang tanpa izin yang lain. Mereka juga akan menjadi punca penyakit yang berbahaya seperti Tibi atau HIV. Kesihatan mereka kurang terjamin dan akibatnya rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat Malaysia yang menghidap penyakit Tibi meningkat semula.
          
           Selain itu, pendatang tanpa izin ini biasanya penjenayah yang melarikan diri dari negara asal ke negara lain kerana melakukan kesalahan yang berat. Kejadian ini akan meningkatkan kes-kes jenayah seperti mencuri sesuka hati, merompak, menceroboh, meragut dan merogol. Contohnya di baru-baru ini di Kota Marudu lima  orang pendatang tanpa izin berbangsa Pakistan telah merogol seorang wanita tempatan. Mereka melakukan jenayah tersebut kerana kekurangan wang untuk menampung kehidupan mereka di Malaysia yang ekonominya semakin meningkat. Selain itu, mereka juga membuli rakyat tempatan dan menganggap rakyat tempatan lemah. Kerana itulah mereka berani melakukan kes jenayah merogol dan merompak. Mereka juga ingin bersenang lenang seperti rakyat tempatan yang lain. Oleh itu mereka lebih suka mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah.
         
           Seterusnya, orang tempatan pada zaman yang semakin moden dan canggih ini telah terikut dengan budaya yang dibawa oleh kaum-kaum yang lain. Contohnya ramai rakyat Malaysia zaman sekarang amat meminati budaya-budaya barat yang keterlaluan seperti cara pemakaian yang mendedahkan aurat dan mencolok mata, adab di negara kita juga akan runtuh kerana pembawaan budaya barat yang kurang sopan. Dimana adab dan budaya rakyat Malaysia yang sering dibanggakan di metro-metro harian dan di saluran informasi negara? Kita seharusnya mempamerkan adab yang baik dan bersopan santun juga berbudi bahasa kepada setiap warga yang menduduki negara kita sama ada yang berpermit atau pendatang asing agar mereka akan sedar yang negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan adab. Kita juga haruslah mempamerkan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang kukuh perpaduannya dan sukar dihasut. Jika kita terikut-ikut dengan budaya barat, keunikan dan daya tarikan negara pasti akan pupus satu hari nanti kerana Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya-budaya berbeza yang menarik. Jika pendatang asing datang lalu menyebarkan budaya mereka, nescaya pupuslah budaya asli negara kita. Istilah "Hujan Emas Dinegara Orang, Hujan Batu Dinegara Sendiri" yang bermaksud meskipun budaya barat semakin popular dinegara kita, kita juga harus menghangatkan budaya asli kita.
         
           Di samping itu, isu terhangat yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia adalah tahap pengangguran Malaysia semakin meningkat. Semua ini disebabkan oleh warga tempatan yang kurang ilmu mengenai pembangunan negara. Kerana itulah pendatang asing yang mencari pekerjaan di Malaysia mudah mendapat kerja. Meskipun kedatangan warga asing ini membuatkan negara kita semakin maju kerana mereka lebih kecenderung dalam bidang pembinaan dan rakyat tempatan kurang mahir dalam bidang ini, tetapi kesannya amat mendalam kepada ekonomi negara. Contohnya, warga asing yang bekerja di negara kita selalunya menghantar wang untuk keluarga mereka. Wang tersebut akan disalurkan ke negara lain. Ini menyebabkan ekonomi negara kita terjejas kerana wang tersebut tidak dimanfaatkan di negara kita. Peluang pekerjaan warga tempatan juga terjejas kerana semua peluang pekerjaan yang tidak memerlukan pencapaian yang tinggi telah diambil alih oleh warga asing. Oleh itu, rakyat tempatan seharusnya mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi agar mampu bersaing dengan warga asing yang lain demi kebaikan bersama. Istilah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" wajarlah ditanam dalam hati semua penduduk negara Malaysia khususnya peniaga-peniaga yang ada agar kita mampu membantu menurunkan tahap pengangguran di negara sendiri.

      Sementara itu, sehingga kini seramai 287,364 pendatang tanpa izin didaftarkan untuk dihantar pulang ke negara masing-masing manakala seramai 161,843 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang dan baki seramai 125,521 pendatang tanpa izin sedang dalam proses untuk dihantar pulang. Akhirnya, hargailah negara kita dan berusahalah untuk memajukan diri demi bersaing untuk merebut peluang pekerjaan yang ada. Selain dapat memajukan negara, kita juga dapat mengurangkan kedatangan pendatang tanpa izin kerana tiada lagi peluang pekerjaan untuk mereka.





*karangan ini adalah original dari saya LUKE CHIN NIE dan tiada perkataan COPY AND PASTE dari entri lain*

Thank you reading my entry. Do nice? Give me a feedback :)